Den support Nogoghi!!!! Kimin, ko jangan bising


Salam Mahasiswa

Tanpa mengira siapa anda, nyatakan sokongan terbuka anda kepada Negeri Sembilan!

Den bajet monang 2-0@2-1. Heeee...

Hoben jang hoben...hoben bagi monang

Apo Yang Nak Dibuek Lopeh Pekso?

Salam Mahasiswa.

Nampaknya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan semasa cuti semester ini (wahaha aku dah abis!), bermula daripada tugasan MPP sehinggalah kepada soal individu. Jom tengok:

1. Follow up proposal air ro dan printing center dengan Timbalan Dekan Prasiswazah FST. Agak ketinggalan semasa waktu kuliah. Saya pun sedang menyiapkan draf risalah tentang isu pakej yuran dll untuk keluaran akan datang.
2. Jumpa Dr. Kalaivani untuk selesaikan berkenaan dengan peluang pekerjaan graduan baru. Beliau agak sibuk nampaknya.
3. Buat usrah (sape nak saman aku???)
4. Balik kampung (sejak bila pulak homesick ni...sambal gesek :-D)
5, Baca buku. Agak payah juga apabila dilalaikan dengan facebook, blog dan pelbagai lagi aplikasi internet yang sepatutnya memberikan manfaat. High priests of war, suara pejuang bahasa, keutamaan pembaharuan gerakan islam, dll. Siapa ada buku 'Final Judgement'? Kalau saya pinjam boleh? Mana buku sains? :-P

Mungkin sekiranya ada kelapangan, saya akan 'menulis'. Sebenarnya sedar atau tidak, kita perlu menjawab banyak persoalan semasa berada di kampus (untuk golongan yang berfikir), yang kebiasaannya adalah bersifat 'kenapa'.

p/s- Gambar ketika muda-muda dulu. Masa tu mana ada kamera digital. Kalau ada pun sangat mahal. Potang-potang main bola, lopeh main, poie mandi, lopeh mandi, poie dewan makan, lopeh makan, poie musolla....ngeee

Jamuan bersama SUK MPP



Ya Rabb,

pinta kami jika dakwah adalah pilihan, maka biar hati-hati ini memilihnya...

Jika dakwah adalah kewajipan, maka kuatkan kami untuk menjalaninya..

Jika dakwah dakwah adalah kecintaan, maka ikhlaskan kami merasakannya dlm setiap denyutan nadi kami...

Jika dakwah adalah badai kesulitan, maka kuatkan kami untuk bisa bertahan..

Jika kemenangan dakwah adalah tadhiyah dan wala',maka ilhamkan semuanya pd jiwa-jiwa ini..

Amiin...

Karnival Ekonomi Islam anjuran ISIUKM

15 Okt yang lalu, KEI '09 telah mengadakan pertandingan pidato dengan isu yang disampaikan berkenaan Sistem Ekonomi Islam. orang peserta dari Fakulti Sains & Teknologi iaitu Aiman Zafri, fizik/2 ( Timbalan Exco Ekonomi PMFST), Mohd Hilmi Sains Nuklear/1 dan Noraini bt Jumahir telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Apa yang membanggakan adalah peserta ke-3, Aiman Zafri berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan ini dan Mohd Hilmi ditempat ke-3.

Di bawah ni gambar sekitar pertandingan berlangsung...

wakil dari Fakulti Pendidikan
Jawahir, waki dari FSSK / 2


Peserta dari Fakulti Ekonomi & Perniagaan
Aiman Zafri, wakil FST selaku juara pertandingan.

p/s : maaf kerana telah sekian lama tak update blog ni. penuh dengan sarang labah-labah dah pun.

Selamat Menghadapi Final Exam. Semoga ALLAH kurniakan kepada kita kejayaan yang mendekatkan kita kpdNYA, bkn kejayaan yang membawa kita semakin jauh drNYA...
USAHA sehabis baik dan TAWAKAL hanya kepada ALLAH.

Edaran Poskad Ghayo!!!

Salam.
Dalam lebih kurang 3 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..
Allah Taala menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertakwa kepada-Nya, iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah Taala serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah Taala dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.

Sejauh mana Ramadhan kali ini berjaya membentuk peribadi kita ke arah yang lebih baik atau pun semakin tak baik, atau pun sama saja... sama-samalah kita bermuhasabah.. apakah erti puasa bagi kita sebenarnya? bulan untuk mentarbiyah hati atau bulan 'sale' di sana sini? jawapannya, tanya pada iman anda. semoga beberapa hari Ramadhan yang tinggal ni kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.
PMFST bersama MPP FST/3 telah mengadakan edaran poskad raya sepanjang minggu ini. Selamat menyambut ketibaan Syawal bagi yang muslim dan selamat bercuti kepada rakan-rakan lain. Apabila balik rumah, jangan lupa untuk menolong ibu bapa merebus ketupat, membakar lemang. Haaa jangan bakar mercun yo.. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan perjalanan anda. =)




"Dr. Ishak, pensyarah di PPSM. "Maaf Dr, ganggu jap. nak bagi kad raya ni..."-Aiman.

"Duit takda, tapi inilah yang kami mampu"

p/s: untuk setiap kelab-kelab course, sila check letter box anda di bilik PMFST.

Salam Mahasiswa, Salam Perubahan! (Selamat bercuti sekali!!)

Biar betul bhaii...Buat usrah pun kena denda

Slm

Sila baca di link ini. Jangan paranoid sangat la. Teringat masa Ikhwan kena bantai di Mesir. Sebut nama Ikhwan pun tak boleh. ooo rasanya dosa menyebutnya lebih besar dari dosa membawa manusia jauh daripada jalan Allah.

Bagus!! Sila buat lagi!!

Duit RM 1400 tu nanti kita teng-teng. Boleh bagi sedekah kepada fakir miskin (Sangat suka).

Rugi tak boli!!!

Slm.

Bulan Ramadhan memasuki fasa akhir pada waktu ini. Maka kita perlu mengambil peluang YANG SANGAT BANYAK ini untuk menambah keimanan dan memperbaiki diri kita. Seperti kata Ust Hasrizal Jamil "pasaraya sedang mengadakan jualan beli 1 barang dapat free 10 barang, kita duduk di rumah buat tak tahu, pekakkan telinga serta butakan mata, tiada perasaan dan ‘mati pucuk iman’."

Rugi beb sekiranya peluang ini disia-siakan.

Sesetengah kita tidak melihat perkara ini sebagai peluang, mungkin 'peluang nak cepat raya' yang difikirkan. Sekiranya persepsi/pemikiran ini wujud dalam jiwa kita, awas bro, ada sesuatu tidak kena dengan jiwa kita.

p/s:
Edaran poskad raya akan bermula minggu ini. Ayuh abnaul harakah!
Al-fatihah kepada Allahyarham Atuk (Hj Daud bin Taib) yang meninggal dunia pada Rabu lepas (9/9/09). Sempat tolong mandikan dan bawa turun jenazah ke dalam liang lahad.