Salam Maulidur Rasul. Cabaran Menanti Kita

Assalammualaikum w.b.t

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua warga beragama Islam di UKM. Biarpun Baginda SAW sudah berabad meninggalkan kita, namun roh perjuangan yang dibawa oleh Baginda harus kita warisi dan pertahankan, apatah kepada mereka yang berkesedaran dan mempunyai kefahaman terhadap perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Dalam konteks idealisme mahasiswa di kampus kita,
perjuangan mahasiswa adalah seiringan dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana seruan yang dibawa oleh Nabi SAW tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan kepada seluruh umat manusia. Paradigma warga kampus yang bukan beragama Islam yang khuatir atau takut dengan program-program atau aktiviti-aktiviti mereka disekat sekiranya mereka berada di bawah naungan pemimpin atau MPP beragama Islam harus dijernihkan dengan siri-siri penerangan atau dialog yang memberikan kefahaman sebenar tentang Islam kepada mereka. Biarlah mereka tahu bahawa keadilan dan kesejagatan Islam bukan bersifat eksklusif kepada penganutnya sahaja, bahkan turut dikongsi bersama oleh penganut-penganut agama lain tanpa menjejaskan amalan-amalan agama mereka. Sejarah telah membuktikan perkara ini.

Ayuh rakan-rakan sekalian!

Cabaran untuk kita telah sedia menanti! Mari kita buktikan bahawa dengan pembawaan MPP kita dan persatuan-persatuan yang diamanahkan kepada kita, kita mampu untuk berkhidmat, memberikan kebajikan serta mendengar suara mereka dengan berkesan. Hanya masa dan usaha kita yang menentukan. Ayuh bergerak seiringan memimpin perubahan!

0 comments: