Assalammualaikum w.b.t dan Salam Perpaduan
Pada 2 April 2009 yang lepas (Khamis), MPP FST bersama MPP Mahasiswa telah mengadakan roadshow dan edaran risalah bermaklumat ke seluruh FST. Roadshow ini diadakan untuk beramah mesra sambil mendengar permasalahan mahasiswa/i FST serta menerangkan perkembangan terbaru MPP Mahasiswa. Roadshow ini mendapat sambutan yang baik daripada siswa/i FST. Ketika roadshow ini diadakan, sebanyak 300 makalah bermaklumat telah diedarkan kepada siswa/i FST. Diharapkan roadshow ini dapat memberi impak dan gelombang baru kepada sekalian siswa/i FST dalam agenda MPP Mahasiswa untuk membawa perubahan yang bermanfaat kepada semua pihak. :-)
Apa khabar bro?
Saudara Faez berceloteh dengan sekumpulan siswi di Bangunan Matematik (hahaha jgn segan kak!)
Untuk membaca salinan risalah yang diedarkan, sila lihat di muka hadapan blog ini.
Ada masalah?!!
Jangan lupa untuk menghubungi MPP FST (013-2578617) atau emelkan aduan anda ke katyusha_r17e@yahoo.com.
0 comments:
Post a Comment