Tidak Sekali-kali.....

Assalammualaikum w.b.t dan salam perubahan.


Mungkin ada di kalangan kita yang terpaksa memikirkan kolej manakah atau dengan siapakah untuk berkongsi rumah sewa memandangkan permohonan mereka untuk menginap di kolej pilihan mereka ditolak. Bahkan ada yang ditendang keluar sebegitu sahaja sedangkan mereka adalah orang-orang yang mengimarahkan rumah-rumah Allah ketika ramai siswa/i lena dengan buaian keseronokan dan kelalaian yang pelbagai. Bahkan yang mendapat anugerah pelajar cemerlang pun kena buang.

"Kamu setakat memberi komitmen untuk Ihya Ramadhan dengan Forum Islamik sahaja. Tak cukup merit kamu untuk tinggal di kolej...", kata seorang felo kolej (yang mengaibkan si felo kolej inipun tak nampak batang hidung di surau kolej!)

Macam manalah nak memberikan komitmen, program yang lain tidak langsung memberi kesan yang bermanfaat kepada mereka. Sebut satu-satu : Minggu Mesra Mahasiswa, Sambutan Kemerdekaan Kolej, Makan Malam Kolej, Karnival Kolej dan lain-lain (banyak lagi, malas nak sebut). Kita sememangnya mengimpikan pengisian yang setaraf dengan level kita sebagai seorang mahasiswa (baca: bukan seperti budak sekolah yang hanya bersifat 'yesman' sahaja.) Kena gertak sikit dengan felo,jaksa atau pengetua, sudah terbayang perkataan "abislah aku sem depan, tak dapat duduk kolej". Kalau dah tak betul hendak kata apa lagi?

Berkali-kali kita mengatakan bahawa kesemua bentuk program di kampus kita harus didasarkan dengan semangat Falsafah Universiti. Asas kepada falsafah universiti tidak lain dan tidak bukan adalah tiga elemen berikut:

i) Iman kepada Allah
ii) Ilmu yang bermanfaat.
iii) Gabungan antara teori dan amal.

Secara umum, Falsafah Universiti mengajak kita untuk mendasarkan setiap perbuatan kita dengan elemen keimanan kepada Allah. Dalam erti kata lain, menjadikan Islam sebagai teras dalam kehidupan. Hal ini bukan bermakna golongan bukan Islam harus memeluk Islam atau harus merasa tergugat (seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak yang mahu kita berbalik kepada sistem divide and rule), tetapi mereka perlu mendasarkan kehidupan mereka dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan yang selaras dengan tabii manusia. Islam sebagai cara hidup yang diyakini bersifat menyuluruh adalah selari dengan hakikat ini. Cuma cabaran kepada kita adalah untuk memberi faham kepada mereka tentang Islam.


"Macam mana nak bagi faham. Program surau pun boleh kena blacklist"

Sekiranya timbul rungutan seperti di atas, maka kita dapat melihat seperti ada yang tidak kena dengan mereka yang memblacklist tu. Bukan suruh jadi Taliban pun, paling tidak seruan untuk kembali kepada fitrah. Apa sebenarnya yang menyebabkan mereka seperti paranoid dengan program surau/didasarkan kepada Islam?(Ahah, ISIUKM sekali la! hahaha)

Mungkin kerana kefahaman sebahagian besar kita masih lagi di takuk lama. Islam itu hanya sekadar Maulud Nabi, majlis buka puasa, maal hijrah dan sebagainya yang bersifat perayaan senat-mata. Dan ini semua dari fahaman sekular.

Maka, itu yang menyebabkan sebahgian kita berasa 'panas' apabila kita mengatakan Islam itu cara hidup dan negara, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman, kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan.

Kerana faham sekular itu sudah sebati dengan kita agaknya.

Maka menjadi tanggungjawab kepada mereka yang mengaku sebagai pendokong dan penyokong untuk memberi faham akan hal ini. Hal ini selari dengan idealisme mahasiswa yang memperjuangkan kebenaran dan keilmuan yang hakiki. Kita tidak perlu berasa takut kerana kita bersama kebenaran. Mungkin kita akan ditakutkan/diugut/ditekan oleh mereka yang takut menerima kebenaran. Masalah pokok cuma nak tak nak saja.

Kalau ada yang cuba mengasingkan kepimpinan dengan Islam, maka tugas kita adalah berusaha untuk memberikan kefahaman kepada mereka. Mari kita buktikan melalui pembawaan kita dalam berorganisasi. Sekiranya kita ditekan/menghadapi dogma/dll maka kita sudah menemui hakikat ayat berikut:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji.Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta."


al-ankabut, 2-3.


Sekiranya kita dibuang kolej hanya kerana kita menjadi PACA, ahli ISIUKM dan sebagainya, yakinlah rakan-rakan sekalian akan jalan kita tempuh ini merupakan jalan telah dilalui oleh golongan terdahulu.


Kita akan mendapati bahawa hakikat sebenar adalah seperti masy.arakat Palestin yang menentang Zionis, Ikhwan Muslimin yang menerima tekanan di Mesir dan sebagainya. Boleh jadi landskap politik Malaysia juga berasaskan situasi yang sama. Istilahnya cukup mudah. Sama ada pertembungan antara kebenaran dengan kebatilan, keadilan dengan penindasan atau keilmuan dengan hedonisme.


Sekiranya langkah mereka diyakini dapat membantutkan cahaya kebenaran, maka sesungguhnya janji Allah jualah yang terbaik. Sekiranya mereka yakin dapat menyempitkan dada kita (dengan tekanan sebegini), maka sesungguhnya bumi Allah itu amat luas.


Adakah dengan tekanan sebegini akan membantutkan roh perjuangan kita? Jawapannya tidak sekali-kali. Hal ini menandakan kita berada di level yang baru dalam perjuangan kita.


Ayuh rakan-rakan! Tingkatkan usaha, rapatkan saf. Bersama kita seiring sejalan memimpin perubahan!


1 comments:

Haf said...

tell u what,friend...mslh sbnrnye ialah kita lgsg xmau duduk semeja dan bincang bnd ni secara terbuka.skrg kan zaman realiti,semua boleh diluahkan begitu sahaja pd sape2 je.tp x,semua suka main tuduh2 je.phk pengurusan xberhak kate bdk2 yg kene buang ni x aktif tp kita pon xberhak jugak marah pihak pengurusan kalau mmg xdpt dibuktikan yang kita ni aktif kolej.berunding laa elok2 dgn pengetua kolej.hrp xde salah faham lg antara pihak yg bertelagah.berbeza ideologi tu xsalah,tp kalo bermusuhan korg mmg giler...