Berlambak kojo!!!

Slm mahasiswa.

Dalam waktu yang terdekat ini, saya agak kurang berkesempatan untuk melayari internet dan upload artikel. Bilo la nak buat siri kedua pengenalan dunia mahasiswa...:-o

Walau bagaimanapun, saya akan cuba untuk update lebih kerap lagi memandangkan banyak perkara yang saya fikir perlu diulas dan dibincangkan bersama.

Memang betul kata-kata seorang tokoh yang mengatakan kewajipan ataupun bebanan tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada.

Pada perspektif seorang Islam (yang baik), setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang manusia disandarkan untuk mendapat keredhaan Tuhan. Semua ajaran agama mengajarkan intipati yang sama.

Kita diajar untuk meletakkan Ilahi sebagai matlamat hidup kita di muka bumi ini.

Semoga Tuhan memberikan rahmat dan keampunan kepada kita dan semua yang bekerja (dan belajar) untuk memberikan keadilan, menegakkan kebenaran, mendidik masyarakat dengan roh kebenaran dan mengajak masyarakat untuk memahami hakikat ketuhanan. Mungkin kriteria ini yang seharusnya lahir daripada produk graduan ataupun mahasiswa/i UKM (kita la).

Jumpo lagi!!

p/s- Mungkin selepas ini saya akan upload artikel berkaitan hari terbuka FST

0 comments: