Edaran Poskad Ghayo!!!

Salam.
Dalam lebih kurang 3 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..
Allah Taala menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertakwa kepada-Nya, iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah Taala serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah Taala dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.

Sejauh mana Ramadhan kali ini berjaya membentuk peribadi kita ke arah yang lebih baik atau pun semakin tak baik, atau pun sama saja... sama-samalah kita bermuhasabah.. apakah erti puasa bagi kita sebenarnya? bulan untuk mentarbiyah hati atau bulan 'sale' di sana sini? jawapannya, tanya pada iman anda. semoga beberapa hari Ramadhan yang tinggal ni kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.
PMFST bersama MPP FST/3 telah mengadakan edaran poskad raya sepanjang minggu ini. Selamat menyambut ketibaan Syawal bagi yang muslim dan selamat bercuti kepada rakan-rakan lain. Apabila balik rumah, jangan lupa untuk menolong ibu bapa merebus ketupat, membakar lemang. Haaa jangan bakar mercun yo.. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan perjalanan anda. =)




"Dr. Ishak, pensyarah di PPSM. "Maaf Dr, ganggu jap. nak bagi kad raya ni..."-Aiman.

"Duit takda, tapi inilah yang kami mampu"

p/s: untuk setiap kelab-kelab course, sila check letter box anda di bilik PMFST.

Salam Mahasiswa, Salam Perubahan! (Selamat bercuti sekali!!)

4 comments:

Haf said...

weweiittt, pakcik sahak pon ade dalam ni? kah3...

Manusia said...

Hhm...tumpang tanya.
Kelab biologi memang x wujud ke???

Lunas Harapan said...

PROGRAM LUNAS HARAPAN
CARA EFEKTIF LUNASKAN HUTANG PTPTN. INSYAALLAH BOLEH LUNASKAN BERAPA PUN HUTANG ANDA.
ELAKKAN DIRI, TEMAN, ANAK, SAUDARA MARA & JIRAN TETANGGA ANDA DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

TAKLIMAT
SETIAP SELASA & RABU JAM 8.30 MALAM.
JUMAAT & SABTU JAM 3.30 PETANG.

BERTEMPAT DI PEJABAT NPL CONSULTANT SB,
4-5 JALAN USJ 9/5T, SUBANG JAYA BUSINESS CENTRE.
47620, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(DEPAN BALAI POLIS USJ 8)

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
AZMI - 012 939 8186
WANI - 012 216 8151
SALMI - 019 316 2631

Anonymous said...

banyak boto duet Gm ni yo...
mano la dapek dana agak eee...
ramai gak org tetanyo2,ngn diri2 den skali musykil ngn bondoalah ni....