Rugi tak boli!!!

Slm.

Bulan Ramadhan memasuki fasa akhir pada waktu ini. Maka kita perlu mengambil peluang YANG SANGAT BANYAK ini untuk menambah keimanan dan memperbaiki diri kita. Seperti kata Ust Hasrizal Jamil "pasaraya sedang mengadakan jualan beli 1 barang dapat free 10 barang, kita duduk di rumah buat tak tahu, pekakkan telinga serta butakan mata, tiada perasaan dan ‘mati pucuk iman’."

Rugi beb sekiranya peluang ini disia-siakan.

Sesetengah kita tidak melihat perkara ini sebagai peluang, mungkin 'peluang nak cepat raya' yang difikirkan. Sekiranya persepsi/pemikiran ini wujud dalam jiwa kita, awas bro, ada sesuatu tidak kena dengan jiwa kita.

p/s:
Edaran poskad raya akan bermula minggu ini. Ayuh abnaul harakah!
Al-fatihah kepada Allahyarham Atuk (Hj Daud bin Taib) yang meninggal dunia pada Rabu lepas (9/9/09). Sempat tolong mandikan dan bawa turun jenazah ke dalam liang lahad.

0 comments: