Apo Yang Nak Dibuek Lopeh Pekso?

Salam Mahasiswa.

Nampaknya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan semasa cuti semester ini (wahaha aku dah abis!), bermula daripada tugasan MPP sehinggalah kepada soal individu. Jom tengok:

1. Follow up proposal air ro dan printing center dengan Timbalan Dekan Prasiswazah FST. Agak ketinggalan semasa waktu kuliah. Saya pun sedang menyiapkan draf risalah tentang isu pakej yuran dll untuk keluaran akan datang.
2. Jumpa Dr. Kalaivani untuk selesaikan berkenaan dengan peluang pekerjaan graduan baru. Beliau agak sibuk nampaknya.
3. Buat usrah (sape nak saman aku???)
4. Balik kampung (sejak bila pulak homesick ni...sambal gesek :-D)
5, Baca buku. Agak payah juga apabila dilalaikan dengan facebook, blog dan pelbagai lagi aplikasi internet yang sepatutnya memberikan manfaat. High priests of war, suara pejuang bahasa, keutamaan pembaharuan gerakan islam, dll. Siapa ada buku 'Final Judgement'? Kalau saya pinjam boleh? Mana buku sains? :-P

Mungkin sekiranya ada kelapangan, saya akan 'menulis'. Sebenarnya sedar atau tidak, kita perlu menjawab banyak persoalan semasa berada di kampus (untuk golongan yang berfikir), yang kebiasaannya adalah bersifat 'kenapa'.

p/s- Gambar ketika muda-muda dulu. Masa tu mana ada kamera digital. Kalau ada pun sangat mahal. Potang-potang main bola, lopeh main, poie mandi, lopeh mandi, poie dewan makan, lopeh makan, poie musolla....ngeee

0 comments: