Saranan Kepada Semua (1)

Salam Mahasiswa.


Dalam agenda mengembalikan kegemilangan gerakan pelajar, lebih-lebih lagi dalam agenda kita untuk mengembalikan kesegaran rabbani (mak aii!) di kampus, kita seharusnya menilai segala aspek yang menjadi asas pemikiran dan tindakan kita. Dalam posting ini cukuplah saya senaraikan lima dahulu perkara daripada 20 garis panduan perubahan yang dicanangkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya 'Di Mana Punca Kelemahan Islam Masa Kini' dalam Bab 4-'Sejenak Bersama Gerakan Islam'. Harapan, cita-cita, keinginan dan kebangkitan mahasiswa yang didasarkan kepada kekuatan rabbani dapat dicapai sekiranya kita meneliti dan mengambil kira saranan yang dianjurkan oleh beliau. Antaranya:

(i) Tumpuan daripada soal furu' dan cabang kepada soal usul (fundamental, asasi) dan universal.
(ii) Tumpuan daripada soal nafilah (sunat) kepada kerja fardu.
(iii) Tumpuan daripada perkara yang diperselisihkan kepada perkara yang disepakati.
(iv) Tumpuan daripada soal kerja tubuh kepada kerja hati. (Bukan masalah hati yo. Maksudnya kerja yang dilakukan sekadar ala kadar kepada kerja yang melibatkan komitmen, sepenuh jiwa dan bersungguh-sungguh)
(v) Tumpuan daripada sudut kelebihan dan kekurangan (ekstrem. keterlaluan, melampau) kepada perkara yang bersifat sederhana dan pertengahan.

Dalam beberapa perkara, kita perlu menggunakan pendekatan diplomasi


Saya fikir huraian perkara-perkara di atas memerlukan perbahasan dan perbincangan yang cukup panjang. Memadai saya nukilkan sahaja dan mungkin saya akan highlightkan perkara-perkara tersebut berdasarkan keadaan, keperluan dan situasi semasa.

p/s- Harap-harap jadi la menulis sampai siri keempat :-D

0 comments: