Aiyooo!!! Tada malu ka?

Salam mahasiswa.

Mungkin tulisan saya kali ini agak kritikal sedikit memandangkan saya mendapat maklumat yang perlu kita fikirkan bersama.

Apa pandangan anda sekiranya seseorang pemimpin itu mendakwa sesuatu pencapaian itu adalah berpunca dari hasil usaha mereka sedangkan mereka tidak menyumbang sesuatu dalam usaha-usaha melibatkan kebajikan mahasiswa?

Pandangan saya, ini merupakan suatu tindakan yang tidak bermaruah, hina dan menafikan hak mereka yang melakukan kebaikan tersebut untuk dihargai.

Jika kita tidak membuat apa-apa (jika betul) dalam konteks kebajikan mahasiswa, katakan saja kita tidak berbuat apa-apa sekiranya kita seorang yang berprinsip dan bermaruah. Janganlah disebabkan kegugupan dan gementar kita apabila disoal oleh pensyarah kita tentang apa yang telah kita lakukan sebagai pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa (saya tak tahu secara ugutan atau tidak!), kita mengatakan bus stop di FST adalah hasil perjuangan kita.

Prinsipnya cukup mudah. Katakan benar walaupun ianya pahit. Pemimpin yang baik adalah mereka yang mempunyai prinsip.

Hukum karma cukup mudah, hari ini mungkin hari kita. Esok lusa siapa tahu. Keyakinan kita cukup mudah, Tuhan Maha Adil. Maka, Dia jualah yang lebih berhak untuk menentukan apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Semua agama mengajarkan prinsip yang sama.

Tak faham? Aha, sila tanya mereka mengambil subjek kimia polimer (Sila baca: Di FST)!

Sila baca juga : http://vongolax.blogspot.com/2009/07/lu-bikin-gua-panaz.html


1 comments:

Haf said...

kah3...aku mcm tau je sape yg dimaksudkan tu.walopon aku penyokong kuat aspirasi,tp aku tau sape yg bekerja keras utk fst.

p/s:aku masih belum buta.