Dua-dua pengecut!!!

Salam mahasiswa.

Kenapa? Rasa pelik?
Saya fikir kita tidak perlu berasa pelik kerana sememangnya dari dulu hingga sekarang padang yang menjadi tempat kita bermain tidak pernah rata. (Sila baca: Forum Melayu, kononnya!)

Disuruhnya 1st year untuk datang. Tak datang kena buang kolej. Tak berani la kawan tu untuk tak datang. Cerita la pasal Melayu, ketuanan Melayu, Melayu itu, Melayu ini. Macam la dia sorang ja Melayu. Juak-juak di universiti tak berani sebab program datang dari peringkat atasan. Bukan ada pesta buah ke di Bukit Jalil pada masa tu? Baik makan buah free!!!

Dulu kutuk Rusia sebab amal komunis. Paksa rakyat (sila baca: mahasiswa) terima doktrin Lenin. Tak terima, dibunuh atau diusir. Sekarang ni, substance yang dibuat di Rusia itu pun ditiru oleh kita! Ahaks!!!

Pada peringkat mahasiswa (yang sepatutnya mempunyai pendirian yang tersendiri!), soal kita menjadi tali barut/ejen/dll seharusnya dijawab dengan mengatakan bahawa kita hanyalah hamba kepada Allah dan menjadikan kebenaran sebagai paksi tindakan kita. Tidak perlu menjadi 'yesman' ataupun 'no sir' saja.

Kenapa baru sekarang nak bising dan menyalak tentang Melayu? 10,20 tahun yang lepas tak nak pula bising macam sekarang ni.

Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh umno pada hari ini (sila baca: dalam kerajaan bukan semua yang menyokong umno) bertentangan dengan kebenaran, maka kita akan mengatakan apa yang dibawa oleh umno itu tidak betul, waima jika PR pun melakukan perkara yang sama, maka sikap kita tetap tidak berubah.

Cuma yang harus difahami adalah permainan politik daripada mana-mana pihak. Politik itu alat. Boleh jadi ia menjadi alat untuk mengajak manusia kembali kepada Allah, berlaku adil sesama manusia, berlaku amanah ataupun untuk mengkayakan kroni, menipu bangsa sendiri, menggadaikan bangsa sendiri dan sebagainya.

Pada pandangan Islam, kebenaran itu didasarkan kepada dua tempat rujukan, kitab Allah dan hadis nabi. Full stop. Tidak perlu belit sana sini.

Sejarah Melaka telah menjadi bukti. Umat Melaka menjadi gah selepas mereka menerima Islam dengan sepenuh hati. Kejatuhan Melaka pula disebabkan oleh jauhnya pemimpin dan rakyat daripada Islam (Sila rujuk buku-buku sejarah). Tidak perlu bising-bising dalam BTN mengatakan kejatuhan Melaka adalah hasil khianat pedagang asing pada waktu itu. Mungkin mereka lupa bahawa ada juga orang melayu yang turut menjadi tali barut Portugis pada waktu itu. Situasinya sama dengan keadaan sekarang.

Acuan yang betul akan menghasilkan natijah dan tindakan yang betul. Acuan yang sempurna tidak lain dan tidak bukan adalah Islam (kenapa?tak percaya?). Nak kata Malaysia ni ada masyarakat majmuk? Madinah masa zaman nabi lagi banyak suku dan etnik (kabilah) yang ada.

Pandangan saya, soalnya cukup mudah. Mahu atau tidak untuk beramal secara menyeluruh dengan Islam. Full stop (lagi!)

Siapa yang memberi akses kepada SIS?
Siapa yang menahan Dr Burhanuddin Al Helmi dalam ISA dan memfitnah beliau sebagai ejen komunis sehingga beliau mati dalam tahanan ISA?
Siapa yang bertanggungjawab membunuh saudara sebangsa mereka dalam peristiwa Lubuk Merbau?
Siapa yang bertanggungjawab memberi perspektif yang buruk tentang Islam kepada kaum Cina dan India?
Siapa pula yang mengaut kouta 30% bumiputera dan membahagikannya kepada 'rakan-rakan' mereka?

Jawapan di tangan anda. Selamat mencari jawapan!!!

p/s- Siapa 'dua-dua' tu? Sila cari flyers yang bersepah di UKM dan baca
- Apa cerita tentang Bernas? Di sini

7 comments:

Haf said...

Research2!!! Research tu penting!!!

Ini adalah perkara yang aku tekankan dalam blog GMUKM. Harap diambil perhatian. Seriously aku tak puas hati dengan apa yang orang2 lain sibuk nak bising2 pasal benda ni. Sepatutnya ajak orang ATMA berdebat sekali tentang isu yang mereka bincangkan. Kalau tak apa guna mereka digaji untuk membuat penyelidikan tentang alam melayu ni. Membazir!!! Seharusnya bukan golongan politik yang diutamakan pandangannya, tetapi ahli akademik yang benar2 pakar dalam bidang ini. Kalau tengok carta organisasi kat ATMA tu ada je yang berjawatan Professor. Punyalah payah nak dapat pangkat Prof tu, pasti ada hasil daripada penyelidikan yang dibuat dan sepatutnya dikongsi bersama2. Ini silap kita, meminggirkan padangan ahli akademik.

Satu persoalan untuk ditinggalkan. Kenapa pelajar zaman sekarang belajar untuk peperiksaan semata2? Mereka tahukah apa yang mereka belajar itu untuk kegunaan pada masa akan datang? Mungkinkah mereka merasakan ilmu itu tidak berharga pun? Sekadar untuk dapat A je ke?

Mohd Arif b. Misrol said...

dua2 la (paham kan)
kena main fakta dan hujah

kalo mcm tu, bgtau skali spe2 1st yr kite kenal untuk bgtau isiukm bukan persatuan haram

premis seperti ini (isiukm haram) bukan by research jugk.

ap2 hl dasarkan setiap perkara dengan kebenaran.

be gentleman

Mohd Arif b. Misrol said...

lg satu

bljr bukan stkt nk dpt a
ye setuju

bukan stkt nak melahirkan generasi-generasi a (tpi nak dpt byk a x slh,bahkan digalakkan dengan niat yg betul) tpi perlu lihat dlm kacamata yg lebih luas.

kalo ad bdk mcm mahmud al-fatih kan bagus

Haf said...

ceh,pasal isiukm xkn laa aku nk suh buat research.mksd aku mende2 lain laa.apa laa hang ni rep oit...

pasal isiukm tu...isk,suh ler isiukm daftar club diorg kat jppel.yelakan,sbb aku pon dftr kelab gak aritu [setelah penasihat kelab math bebel2 kat aku].prosedurnya mudah ajo jang oit. try ar dlu...

tp kalo jppel yg xbg daftar tu problem sket laa.aku pon xtau nk tlg cmne.tp cube2 ler dlu,huhu...nanti aku pk blek cmne.

Anonymous said...

eeehhh bukan cm2 haf...

memg isiukm persatuan berdaftar
tpi didakyahkan kpd sesetgh freshie ia persatuan haram.

cmtu cite die

yg ko pasal research tu ak phm.tq

arif (mls nak login)

Haf said...

camni laa, kat depan bilik ISIUKM tu tampal sijil yang menunjukkan ISIUKM ni berdaftar. jgn letak yg ori tp letak yg fotostat nyer. mana laa tau ada org dengki pi curik n bakar sijil tu naya korang. sijil tu sebagai bukti yang ISIUKM ni berdaftar.

terus-terang nak habaq mai laa, ISIUKM kan mcm pro-GM. sbb tu laa ade yg bwk mulut cmtu and i'm sure u know who. aku pon dr puak itu jugak, hak3!!! cuma sejak 3rd year ni aku dah malas laa. aku kan dah pencen dan profesion skrg pun buat ketupat bersama lecturer2 ksygn. so biau laa, bek aku tlg hang pk merdeka ni nk buat pe.

mgkn ko akan lebey phm bila baca entri ni...
http://anirfah.blogspot.com/2009/07/nak-cuti.html
http://anirfah.blogspot.com/2009/07/see-things-differently.html

Anonymous said...

ooooo

(mengeluh panjang)

arif