Saranan Kepada Semua (3)

Sambungan...


11. Dari menggalakkan kerja kepada menanamkan pengertian. (Pandangan saya, hal ini perlu diambil perhatian. Manjang kojo tapi tak paham payah jugak. Ajak mereka untuk berfikir)

12. Dari memperhatikan soal kuantiti kepada soal kualiti. (Pandangan saya, perlu ada keseimbangan. Kalau ramai tapi tak efisyen pun payah juga. Sikit sangat pun tak jadi).

13. Dari melayang-layang di langit impian kepada turun ke bumi kenyataan. (Boleh menjadi idealis, tetapi harus diimbangkan dengan pertimbangan yang bersifat realiti. Bagaimana caranya? Turun bertemu golongan sasaran!!!)

Gerakan pelajar perlu sentiasa dekat di hati mahasiswa


14. Dari sikap meninggikan diri/ menjauhkan diri daripada masyarakat kepada sikap mendekati dan menyantuni masyarakat. (Jangan jadi elitis. Klik kita saja. Tak jadi begitu. Belajar memahami dan menyantuni golongan sasaran kita).

15. Dari sikap hanya merenung kejayaan masa lampau kepada kembali pada kenyataan masa kini dan mempersiapkan diri untuk zaman akan datang. (Jangan biarkan kejayaan zaman dulu menjadi khayalan yang mengasyikkan. Bahasa kasarnya: Biarlah zaman mereka, tetapi kita akan pastikan zaman kita lebih baik dan lebih 'menggugat'. Ya, hidupkan kembali tradisi mencabar kebiasaan dalam gerakan pelajar. Panjang cerita nih....)

Perasan tak perkaitan intipati 11 sehingga 15? Sememangnya ia saling berkait. Kalau ulas jadi panjang pula. Nanti Haf dengan Anip jeles. ~Ngee~

Bersambung...jeng2...

1 comments:

Haf said...

cis, adekah ko merujuk pada aku? apekehei aku nak jeles2?