Saranan Kepada Semua (4)

Sambungan terakhir

16. Dari menghanyutkan diri ke lapangan politik kepada memusatkan aktiviti kemasyarakatan. (Panjang nak hurai nih. Bukan bermaksud menolak kepentingan politik mentah-mentah. Dengan kefahaman kita bahawa politik/kekuasaan itu adalah alat untuk menyampaikan kebaikan, mengerjakan kebajikan dan menyuburkan kefahaman, seharusnya kita memahami bahawa kita perlu menggunakan politik sesuai pada tempat,masa dan ketikanya. Tidak berlebihan dan tidak juga mengabaikannya. MPP itu sendiri platform politik, tetapi seharusnya kita memanfaatkannya untuk matlamat yang sama. Politik itu alat, matlamatnya ialah keilmuan, kebajikan, kefahaman, pencerahan pemikiran serta pembebasan fikiran,jiwa dan pandangan hidup mahasiswa yang berlandaskan kebenaran.)

17. Dari mengobarkan perselisihan yang menimbulkan pertentangan dan pertengkaran kepada meraikan perbezaan yang beragam dan bergotong-royong. (Eloknya diraikan perbezaan. Tetapi bagaimana pula sekiranya perbezaan itu tidak diraikan dengan menekan idealisme sesetengah pihak dan bersikap sebelah dengan yang lain? Mereka yang menekan itu sendiri sebenarnya yang tidak mahu meraikan perbezaan. Apatah lagi tekanan itu menindas kebebasan dan peluang untuk pihak yang ditohmah itu untuk membela diri dan memberikan penjelasan. Kono lawan bhaaii).

18. Dari mengabaikan masalah kehidupan kepada meningkatkannya dengan motivasi kerana Allah, sebagai amal ubudiyyah. (Dengan meletakkan pandangan hidup dan matlamat hidup kita hanyalah mengabdikan diri untuk Ilahi, maka kita memahami segala cabaran, masalah dan mehnah yang datang berasal jua dari Allah. Maka dalam mengatasi cabaran yang ada, sesuai dengan ikhtiar yang dilaksanakan, kita perlu menganggap ia adalah suatu bentuk didikan daripada Allah yang mendekatkan kita kepada-Nya. Ataupun peralihan daripada pandangan hidup kita bahwa kehidupan ini tiada kaitan dengan beramal kepada Ilahi kepada melihat semua perlakuan, penyelesaian dan ikhtiar itu ada ganjarannya dan kiraannya di sisi Allah).

19. Dari pandangan dan sikap yang bersifat setempat kepada wawasan universal yang luas. (Ya, luaskan pandangan kita. Jadilah mahasiswa yang berjiwa besar, berani serta optimis dalam mencipta perubahan. Lantaklah orang nak gelak. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat dan memahami impaknya).

Kegiatan sukan dengan golongan sasaran yang memupuk ikatan persahabatan juga harus dianggap sebagai suatu bentuk amal ubudiyyah (Kiki yang poyo)


20. Dari ujub kepada diri sendiri kepada memeriksa diri sendiri. (Bhaai jangan syok sendiri dan dijangkiti denial syndrom. Perlu ada check and balance dalam tindakan kita. Dalam hal ini, pertimbangan yang rasional sangat penting. Karang manjang togur molonting yo. Bajet bagus).

Inilah dua puluh fasal yang disebut oleh Al Qaradawi sebagai panduan menepatkan kegiatan gerakan Islam. Habis. Nak tahu lebih, pergi tanya Idris X-D

0 comments: